Dear korang,
Allow me to use Malaysian language ya. :) Kan sekarang TV kita hari-hari berpesan kepada kita supaya menggunakan bahasa kebangsaan. Chewah! Saya ialah salah seorang, kay! Semangat "Bahasa jiwa bangsa" nih! :)
Okaylah, I teruskan kepada niat asal I ye. I nak tulis surat ni bukan kepada korang. Hehe. Tapi korang dah terbaca, tak apalah. I halalkan kay. Hehe. Surat ini ialah kepada seseorang yang ingin saya lepaskan dalam hidup saya setelah sekian lama I simpan dalam hati. Kepada Jay, sekiranya surat ini menimbulkan sebarang kemarahan, I minta maaf ye. Jay kena tahu niat asal I tulis surat ni, ye? :)
Dear X,
You, mesti you tengah bahagia kan sekarang? Bila I nampak you angkat call dan pergi ke suatu tempat yang lebih senyap dan bersembang lama, I tahu you sedang bahagia. Bila I tengok status you dalam Facebook, I tahu you sedang bahagia.
You, dia sangat sabar dengan I. Walaupun I beritahu kepadanya yang I masih tidak rela 100% melupakan you. Dia tunggu. Dengan setianya.
You, adakah sebab di sebalik kita berjumpa, bercinta dan berpisah adalah mengenali jodoh kita yang sebenarnya?
You, kawan-kawan I kata you tidak pernah mencintai I. I tahu bukan begitunya. Kerana I dapat merasainya. I masih boleh mengingati degupan jantung you semasa kita bersama. Cuma I tak tahu, kenapa you tinggalkan I bersendirian. You tidak kesian kat I? You tidak rindu kat I? (I mean selama 2 bulan itu..)
You, cinta I terhadap you selama 3 bulan tersebut, janganlah you meragu-ragu keikhlasan hati ini. Kerana tidak pernah I menipu, tidak pernah I curang kepada cinta kita. Namun, 2 bulan tersebut bagaikan bertahun-tahun kepada I. Disebabkanlah hati ini tidak lagi mampu menampung kesedihan dan keperitan tersebut, I membuatkan keputusan yang seolah-olahnya menusuk pisau dalam hati I sendiri. Sebenarnya, pernah I sangka yang you akan menggenggamkan cinta kita pabila I melepaskannya. Namun tidak. You melepaskan begitu sahaja, dengan kata mendoakan kami bahagia.
I mengenali dia, bukan dengan niat curang. Tetapi dengan niat nak mengenali you. Mungkin you tak tahu, dialah yang memberitahu I keadaan you, emosi you, apa yang you sedang lakukan selama 1 bulan tersebut.
I tidak tahu sejak bila, tapi dia menggembirakan I. Dari kesedihan, dia membawa I kembali kepada hidup asal I. Dia memberikan I senyuman. Keadaan ini seolah-olah pernah berlaku di antara kita, kan? Tapi you, dia sentiasa menganggap you sebagai sahabatnya. You, jangan sesekali menyalahkannya, ye? (Tapi I tahu, mungkin I hanya bertepuk sebelah tangan sahaja selama ini..)
You, dah lebih dari setahun, masih payah bagi I untuk melepaskan you. Sebenarnya, I lagi mengharapkan kita dapat jadi kawan seperti dahulu, kerana ia lagi senang bagi I untuk melepaskan you. Tapi I tahu, tak mungkin..
You, I nak lepaskan you dah, boleh? Walaupun I sentiasa mencuba, tapi setiap kalinya ada apa-apa berita tentang you, I sukar nak mengawal diri untuk tidak mengambil berat tentang you. I tahu, I sedang melakukan sesuatu yang tidak adil bagi dia.. I tahu.. Tapi sekarang, I minta izin untuk lepaskan you, boleh? I nak kan diri I bahagia, nak kan you bahagia. Walaupun I tak tahu sejauhmanakah jodoh I dengan dia, tapi I ingin lebih menghargai dia dalam hidup I, yang menyayangi I dengan sepenuh hatinya.
You, mulai hari ini, I nak lepaskan you, genggamkan cinta si dia kepada I.. I pernah sangat mencintai you, meskipun kita dah berpisah setahun lebih, masih terdapat banyak kalinya I mengalirkan air mata disebabkan oleh you.. Terutamanya hari itu apabila you muncul dalam mimpi I.. Seolah-olahnya ia adalah benar yang you sudi kembali kepada I.. Tapi semuanya mimpi yang tak akan menjadi kenyataan, kan you?
0 comments:
Post a Comment