♥ Checklist Year 2012 ♥

:: Back home at least every 2 months. (Checked)
:: Buy a handphone for my dear mum. (Checked)
:: Bring my family for a trip this year.
:: Own an Ipod touch.
:: Paint my room in November.
:: Buy a car in the end of the year.

:: 11 November 2010 ::

Thursday, November 11, 2010

~\(≧▽≦)/~

Hi semua! :D I pun tak tau ni nk ucap selamat pagi ke selamat malam.. Maklumlah sekarang ni pukul 4.22 pagi.. Hahaha~ Inilah kesannya akibat daripada tidur awal sangat. I rasa I terlelap pukul 11 malam tadi kot. Terbangun lak pukul 12.30pagi. :S (Kalau nak tau tu pulak ialah kesan makan terlampau kenyang. ^^ Dah sekian lama tidak pernah I habiskan Pecal Ayam seorang. Selama ini I akan bahagikan nasi separuh kepada Jay and ayam kepak hanya ambil yang tengah tu je.. =.= Memandangkan Jay tak dapat nak teman I malam ini, terpaksalah I habiskan semua makanan dalam pinggan.. Memang kenyang gile2! Btw, thanks Kak Siti belanja mamam! :D) Kak Siti tu housemate I terchinta! Nak kirim salam I boleh tolong kirimkan~ hehe.. :)

Oh ya, kalau nak rasa pecal ayam tu, ia terletak di Pusat Hentian Kajang, depan kedai mamak Shakers. Kat situ memang famous dengan pecal lele. (Ngehehe.. sorry gambar tak de lak.. Next time k? :D)

Awal-awal pagi ni dok bosan pulak.. :( Jay ada dekat Bentong, Pahang, kawan-kawan semuanya tengah dibuai mimpi.. Huhu.. Jadi I ni ape lagi, layan blog Teratak Dayang_Jack. Kepada yang suka cari resipe2 masakan, bolehlah jenguk blog ni. I suka sangat setiap kali jenguk2 blog ni. Rasa macam nak masak terus je! Haha. Tengah belajar cara nak masak nasi lemak and sambal sebenarnya ni.. Dah pernah try masak sambal.. Tapi.. Tapi.. Hahaha.. Entahlah.. I rasa macam tak sesedap yang I makan dekat kedai ataupun yang dimasak oleh Kak Siti jer! Hahahaha.. Anyway, Asam Rebus Udang dalam blog tu macam menarik and simple je. Maybe nak try esok! Ahaks! Boleh makan udang sbb Jay xde! Hehe.. Jay makan sotong, ayam, daging n ikan laut je tau! Pilih makan tol.. hehehe..

Sambil-sambil tu I juga edit gambar sikit-sikit. Baru dapat belajar cara nak blur kan bahagian-bahagian dalam gambar yang kita rasa perlu untuk menfokuskan lagi subjek. Dulu I pakai jer blur tool. Tapi kan, macam kurang memuaskan. Sebenarnya yang I belajar tu ialah dia nak licinkan permukaan kulit model dalam gambar. Tapi I pakai tuk blur kan gambar pulak. Haha. Tak pe lah.. Janji rasa memuaskan dengan hasil gambar. Kan? :D


Gambar ini menggunakan teknik blur di belakang subjek yang chomel tu~ Tujuan tentulah untuk menfokuskan subjek tu! hehe. Anyway, subjek ini telah ditouchupkan sedikit dengan makeup digital iaitu menggunakan Photoshop. :D Gambar ni amek time nak buka puasa di Pizza Hut Warta Bangi dengan Jay. :)

Gambar ini ada juga guna teknik blur. Tapi macam tak nampak sangat. Hahaha! Oh ni baju kurung sebab pergi kenduri dengan Jay pada Ahad yang lepas! Hari yang riang! :D


Bawah ni gambar-gambar semasa I lepak-lepak dengan sahabat-sahabat I (Kechik, Ella, Aini) di Iceroom-Bangi pada 09 November 2010. Hari yang menceriakan! :D I suke gilee x3 dengan snow ice durian yang I makan tu. Shedap gile! Seriously! :) Next time boleh bawa Jay pergi. Kitorang addicted dengan durian! :D

Caption:
Snow Ice Durian :: Kiri Atas ::
Snow Ice Yam :: Kiri Bawah ::
Snow Ice Strawberry :: Kanan Atas ::
Snow Ice Blueberry :: Kanan Bawah ::

I akan suggest kalian makan yang perisa durian dan yam. Kerana menggunakan perasa asli (kot). Tapi yang strawberry dan blueberry memang sesangat manis! Pendek kata macam makan jem roti. :D

Kalian, yang baju pink tu Ella namanya. Jay panggil dia freehair! :D
Yang bertudung chomel tu namanya Aini. Nak lawat blog dia? Silakan na.. klick
Yang lelaki tu yang buat-buat chomel tu nama dia Azrin. Tapi kitorang panggil dia Kecik je. I pun tak tahu nape panggil dia Kecik. Mungkin dia ingat dia kecik sangat kot. Hahaha. Tapi kan, dia takut bangat dengan sesuatu yang kecik-kecik.. Kan kan? Cuba teka. hahaha :D

Tengok gambar last ni mesti kalian nak kata I tamak kan? Hahahaha!
Kalian pun pergi lah makan kat situ, then bagitau kat I ape lagi yang sedap na! :D


Love,
Jingjing ❤

p/s:: Kalian, ni dah pukul 6 pagi dah.. :S Time tuk I titon! Juga Time Jay baru nak bangun lepas tido berapa jam je.. Baru je Jay sampai di Bentong pukul 2 pagi tadi, then terus practice kejap sampai pukul 3 pagi.. Kesian dia penat.. Gambate Kudasai Jay! Minggu ni tak dapat kami bersua.. Huk huk.. Tak pe.. I menanti saat-saatnya. :)


0 comments:

Post a Comment


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
 
◄Design by Pocket